BeWaRe

BeWaRe

Wednesday 17 October 2012

Migraine

Why migraine ? How come ?
Ikut definisi yg di google . Migraine sakit kepala yang sangat teruk, teruknya sampai seseorang tu tak mampu bangun, tak mampu makan, tak mampu berbuat apa-apa.. Hanya baring jer, punca migraine??? Hurmm ., menurut kata-kata member lar kan, pengalaman dia lar kot .. First, stress yang amat sangat, dari segi perasaan, otak dan organ lain. Second, kurang tidur dan kurang air dan kurang segalanya, antibodi badan jadi tak stabil, itu yang otak bagai nak meletup. Selain tu, penat sangat, aktiviti seharian tak seimbang dengan kuantiti tenaga yang diambil ... 

Jadinya, bila google lagi , tiada ubat spesifik untuk migraine niy, hanya ubat tahan sakit sahaja.. Maka dengan itu, nak elak dari Migraine niy , kenalah jauhi punca-punca yang menyebabkannya.. 

Ada satu ketika tu, seorang makcik niy kata kalau rasa sakit kepala sangat, tuam ais atau mandi ais tapi mula dari kaki bawa ke kepala, kalau terus kepala, takut terkejut, datang penyakit lain nanti... 

Semoga sihat selalu yer ....

Sekian

Sunday 16 September 2012

8 JAM

Tajuk diatas xde kaitan dgn cerita 'alang budiman' tu yer .. Siapa tengok tahu lar .. 

Awal cerita ::::  Hidup ini umpama roda .. kadang-kadang kita berada di atas, kadang-kadang kita berada dibawah.. Ada orang kata, percayalah pada hukum karma atau Qada Qadar istilah yg lain mungkin ..Apabila kita menceritakan tentang orang lain, percayalah perkara tersebut akan berlaku pada diri kita .. Pasti akan berlaku tidak kira dalam masa terdekat atau 10 - 20 tahun kemudian ... Memang dah jadi fi'il manusia suka bercerita soal orang lain , tak kisah lar baik ker buruk , yang pasti memang semua macam tu .., yang baik mereka ceritakan untuk dijadikan teladan sebaliknya ... 

Peristiwa yg jelas boleh kita semua tengok dalam dunia facebook.. masing-masing duk post something like to make a status .. Ada simpulan ini duk kata ' nak makan maggi pun buat status' .. Tak sampai 3 - 4 hari , simpulan yg berkata pun buat status ' bosannya lar facebook niy' .. Orang lain pun duk kata , 'bosan kat facebook tapi duk buka lagi' ... Benda niy tidak akan berkesudahan .. kadang sendiri pun akan terkena .. Itu baru dunia facebook , kalau yang realiti lagilah  macam-macam kan ..

Kesimpulan daripada cerita 8jam niy.. Ambillah kebaikan seseorang tu tanpa percakapan tetapi teruskan dengan perbuatan sendiri tanpa diketahui oleh orang lain.. Keburukan orang lain jangan pula diikut dan jangan dicanang merata, diam-diam sendiri sudah .. Tak susah nak buat tapi nak memulakan dan meneruskannya tu yg berat sikit .. Semoga berjaya ..

Sekian ...

Monday 28 May 2012

PeNTaDBiRaN

Bukan nak kutuk bukan nak mengata, cuma nak bercerita hakikat dunia..
Peraturan adalah peraturan, rules is rules, arahan adalah arahan..
Sedangkan yang atasan boleh nak luluskan, kenapa bahgian pentadbiran tu skema sangat kata tak boleh.. Bukannya nak mintak dekat 'anda' pun , 'anda' just orang tengah jer.. Macam tak boleh nk setel langsung jer..Kalau dah tulis 'kaunter pertanyaan', kenapa rasa macam cakap dengan 'kaunter bisu'.. orang tanya, dia angguk geleng, tunjuk signboard, geleng, angguk.. Tak membantu langsung, PAHAM TAK !!!!
Jangan sampai keluar paper, kaunter pertanyaan di *** hangus terbakar.. Kalau yer pun signboard tu tulis dah tak boleh nak daftar, advicekan lar apa-apa cara.. Tak pun tanya dulu pada ketua sebenar 'anda' macam mana, boleh tak nak tandatangan borang budak niy. Dengan tegas mengatakan TAK BOLEH, padahal, yang bagi barangnya nanti bukan 'anda' pun, nak bayar pun bukan dekat 'anda' taw.. 'ANDA' HANYALAH ORANG TENGAH.. TOLONG LAR PAHAM..
Kesabaran betul dengan orang yang tak boleh toleransi niy ., benda kecik jer kot.. Bukan nak mintak signature pindah hak milik rumah pun .. hadoii .. Kesabaran amat penting disini.. 
Doakan semoga segalanya berjalan lancar... 
ان الله مع الصابرين
Sekian...

Sunday 27 May 2012

Ur ChOiCe

Hidup niy xterlepas dari membuat pilihan.. Kadang pilihan tu tepat dan memberi kegembiraan, ada pilihan yg tak tepat tapi gembira juga, lagi menyedihkan pilihan tepat tapi kena bersedih-sedih dulu, dan lagi teruk, dh lar pilihan salah tambah parah pulak tu..












Pilihan mampu membuat seseorang itu hilang arah tuju, hilang pendengaran, hilang mata pencarian, hilang suara, semua jenis lah hilang.. Bab2 pilihan niy, solat istikharah mampu membantu tapi masalah nya, itu manusia bukan nak buat. Pehtu dah tak tentu arah buat pilihan ... 
Ada lar 2-3 org niy cakap, istikarah tu untuk jodoh jer.. Kalau untuk jodoh jer , macam lar ko banyak sangat pilihan jodoh sampai kena pilih, hot sangat tu ...
Nak pakai baju apa untuk kelas esok pun kena istikarah taw, takut2 xmenepati citarasa.. Kalau nak cakap pasal pilihan, semua benda kena pilih..


Membuat pilihan mampu membuat hilang keyakinan, antara untuk kepentingan diri sendiri atau membahagiakan orang lain. Orang lain tu bukanlah orang asing tapi orang yang telah berbudi pada kita, orang yang pernah tolong kita.. Dalam masa yang sama, pilihan yang perlu dibuat itu juga untuk menolong diri sendiri. Susah nak ungkap kata putusnya,  No Komeng.!


Sekian .. @_@

Saturday 26 May 2012

JoGeT LaMBaK

Joget lambak .. dah lama benda niy xde kat kampung ini.. Naik rimas pulak tengok mereka-mereka niy terjoget-joget, hurmm... 
gambar niy jer boley letak, nati lebih2 kena marah .. xpasal-pasal kena bom blog aku niy...
Penyanyi nya dh lar suara tuuutttttttt,  memekak kn telingan jer .. Gegak 1rumah dengan muzik depa niy...

Just an addition: lagu aku suka, orang tu bawak salah lirik.. Note slah type .. -_-

Selalunya joget lambak masa majlis perkahwinan bahagian malamnya, sesiapa yang nak karoke boleh lar, ada band yang akn mainkan .. bla .. bla.. Then, yang joget nyer tu, hurmm , letih aku tengok nya, tak sihat langsung, stakat kaki jer pusing2.. 'Zafran' pun boleh.. Tak tahu dari mana idea nk buat joget lambak niy , xberkhasiat langsung... Moga rumah ku tak buat benda-benda niy ..

Sekian..

Thursday 24 May 2012

RiNDu SaMa Dia

Macam lama sangat jer tak jumpakan .. Lama lar juga, last jumpa bulan 3, hahaha ....
Rindu ...
Rindu ...




















Comelkan budak niy.. Suka pozing gitu taw ..
Siapa kenal budak niy, boleh lar datang rumah perkenalkan diri ...
"Nama saya Zafran bin Zakiman"
"Umur saya 1tahun 6bulan."
Siapa setuju budak niy comel sila tekan button like ..

Sekian.

aDa aPa DeNgaN PaRoi

Sabtu yang lalu , sempena hari belia bla bla bla . kt Kompleks Sukan Paroi N.9 .. 
Walaupun xthu apa motif pergi tapi tahu lar Paroi tu ktne...


Nak tunjuk nama kompleks tu jer , xde niat lain ... 
Selepas nyanyi lagu negaraku. 'tegak sangat ker kami niy berdiri'

itu ballon , mau naik tapi xdiberi kesempatan
Gambar koleksi terhad, apa2 pun best pergi , jimat perbelanjaan untuk sehari .. hahaha ..
Nextime ajak lar lagi , seronok jadi belia niy yer ...


Sekian.