Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama.
Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang
kebarat'. Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu
kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada,
Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk
Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk
menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha
untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini diberitahu
bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-
barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah
pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka
membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua
barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian
mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-
penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya
dibakar.Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya,
lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini
kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan
sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil
mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment