BeWaRe

BeWaRe

Monday, 28 May 2012

PeNTaDBiRaN

Bukan nak kutuk bukan nak mengata, cuma nak bercerita hakikat dunia..
Peraturan adalah peraturan, rules is rules, arahan adalah arahan..
Sedangkan yang atasan boleh nak luluskan, kenapa bahgian pentadbiran tu skema sangat kata tak boleh.. Bukannya nak mintak dekat 'anda' pun , 'anda' just orang tengah jer.. Macam tak boleh nk setel langsung jer..Kalau dah tulis 'kaunter pertanyaan', kenapa rasa macam cakap dengan 'kaunter bisu'.. orang tanya, dia angguk geleng, tunjuk signboard, geleng, angguk.. Tak membantu langsung, PAHAM TAK !!!!
Jangan sampai keluar paper, kaunter pertanyaan di *** hangus terbakar.. Kalau yer pun signboard tu tulis dah tak boleh nak daftar, advicekan lar apa-apa cara.. Tak pun tanya dulu pada ketua sebenar 'anda' macam mana, boleh tak nak tandatangan borang budak niy. Dengan tegas mengatakan TAK BOLEH, padahal, yang bagi barangnya nanti bukan 'anda' pun, nak bayar pun bukan dekat 'anda' taw.. 'ANDA' HANYALAH ORANG TENGAH.. TOLONG LAR PAHAM..
Kesabaran betul dengan orang yang tak boleh toleransi niy ., benda kecik jer kot.. Bukan nak mintak signature pindah hak milik rumah pun .. hadoii .. Kesabaran amat penting disini.. 
Doakan semoga segalanya berjalan lancar... 
ان الله مع الصابرين
Sekian...

Sunday, 27 May 2012

Ur ChOiCe

Hidup niy xterlepas dari membuat pilihan.. Kadang pilihan tu tepat dan memberi kegembiraan, ada pilihan yg tak tepat tapi gembira juga, lagi menyedihkan pilihan tepat tapi kena bersedih-sedih dulu, dan lagi teruk, dh lar pilihan salah tambah parah pulak tu..












Pilihan mampu membuat seseorang itu hilang arah tuju, hilang pendengaran, hilang mata pencarian, hilang suara, semua jenis lah hilang.. Bab2 pilihan niy, solat istikharah mampu membantu tapi masalah nya, itu manusia bukan nak buat. Pehtu dah tak tentu arah buat pilihan ... 
Ada lar 2-3 org niy cakap, istikarah tu untuk jodoh jer.. Kalau untuk jodoh jer , macam lar ko banyak sangat pilihan jodoh sampai kena pilih, hot sangat tu ...
Nak pakai baju apa untuk kelas esok pun kena istikarah taw, takut2 xmenepati citarasa.. Kalau nak cakap pasal pilihan, semua benda kena pilih..


Membuat pilihan mampu membuat hilang keyakinan, antara untuk kepentingan diri sendiri atau membahagiakan orang lain. Orang lain tu bukanlah orang asing tapi orang yang telah berbudi pada kita, orang yang pernah tolong kita.. Dalam masa yang sama, pilihan yang perlu dibuat itu juga untuk menolong diri sendiri. Susah nak ungkap kata putusnya,  No Komeng.!


Sekian .. @_@

Saturday, 26 May 2012

JoGeT LaMBaK

Joget lambak .. dah lama benda niy xde kat kampung ini.. Naik rimas pulak tengok mereka-mereka niy terjoget-joget, hurmm... 
gambar niy jer boley letak, nati lebih2 kena marah .. xpasal-pasal kena bom blog aku niy...
Penyanyi nya dh lar suara tuuutttttttt,  memekak kn telingan jer .. Gegak 1rumah dengan muzik depa niy...

Just an addition: lagu aku suka, orang tu bawak salah lirik.. Note slah type .. -_-

Selalunya joget lambak masa majlis perkahwinan bahagian malamnya, sesiapa yang nak karoke boleh lar, ada band yang akn mainkan .. bla .. bla.. Then, yang joget nyer tu, hurmm , letih aku tengok nya, tak sihat langsung, stakat kaki jer pusing2.. 'Zafran' pun boleh.. Tak tahu dari mana idea nk buat joget lambak niy , xberkhasiat langsung... Moga rumah ku tak buat benda-benda niy ..

Sekian..

Thursday, 24 May 2012

RiNDu SaMa Dia

Macam lama sangat jer tak jumpakan .. Lama lar juga, last jumpa bulan 3, hahaha ....
Rindu ...
Rindu ...




















Comelkan budak niy.. Suka pozing gitu taw ..
Siapa kenal budak niy, boleh lar datang rumah perkenalkan diri ...
"Nama saya Zafran bin Zakiman"
"Umur saya 1tahun 6bulan."
Siapa setuju budak niy comel sila tekan button like ..

Sekian.

aDa aPa DeNgaN PaRoi

Sabtu yang lalu , sempena hari belia bla bla bla . kt Kompleks Sukan Paroi N.9 .. 
Walaupun xthu apa motif pergi tapi tahu lar Paroi tu ktne...


Nak tunjuk nama kompleks tu jer , xde niat lain ... 
Selepas nyanyi lagu negaraku. 'tegak sangat ker kami niy berdiri'

itu ballon , mau naik tapi xdiberi kesempatan
Gambar koleksi terhad, apa2 pun best pergi , jimat perbelanjaan untuk sehari .. hahaha ..
Nextime ajak lar lagi , seronok jadi belia niy yer ...


Sekian.

Wednesday, 23 May 2012

ReJaB is HeRe




27 REJAB : PERISTIWA ISARA' MIKRAJ.
                   RASULULLAH SAW MENUNGGANG BURAQ DARI MASJIDIL HARAM KE 
                   MASJIDIL AQSA.
                  : MENERIMA KEWAJIPAN SOLAT 5 WAKTU BAGI SELURUH UMAT  
                    ISLAM.
REJAB MERUPAKAN BULAN KE-7 DALAM KALENDAR HIJRAH
KURANG 2BULAN KITA AKAN MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK. MARI KITA TRAINING BERPUASA DARI SEKARANG. TAK RUGI PAPE, MALAH LAGI BANYAK KELEBIHANNYA. 

SEMOGA KITA MENDAPAT BARAKAH DAN PAHALA BERLIPAT GANDA DENGAN AMALAN YANG KITA LAKUKAN DI BULAN REJAB INI

INSYALLAH

SEKIAN.

kenduri

meriah lar buat jemputan kat sini ...


Diumumkan pada 3 / 6 / 2012 akan berlangsung majlis perkahwinan di alamat 
KAMPUNG SUNGAI HAJI MUHAMMAD,
36200 SELEKOH,
PERAK.
(untuk mengelakkan sesat, sila guna google map)
untuk direction yg lebih mudah , sekiranya anda dr SETIA ALAM , Kuala Selangor , n sebaris dengannya .. amatlah digalakkan untuk memandu dgn kelajuan 110km/j dengan menggunakan jalan raya yg lurus tanpa memasuki mana-mana simpang. terus dan terus dan terus sampai lah ker kawasan sabak bernam, anda perlu terus lagi dengan yakinnya. apabila tiba di Simpang Empat, jgn sesekali atau dua kali masuk mana2 simpang, teruskan lagi tayar kereta anda. Agak2 rasa mcm jauh dh, perhatikan sebelah kiri kawasan perkampungan, carilah lambang KERIS. Maka, masuklah kampung itu. Teruskan lagi perjalanan anda sampai jumpa rumah yang ada khemah, banyak kereta, dan ramai orang. Maka anda telah selamat sampai untuk menikmati nasi minyak. WELCOME TO MY FAMILY HOUSE...


Kedatangan anda amatlah di alu-alukan .. Agak-agak sesat tu, call lar saya, saya akan pick kalian dimana kalian berada. 
Sekian..